tips untuk buka gerai atau kedai makan
Assalamualaikum hangpa semua
Alhamdulillah,nama saya azlan .Saya berasal dari kota bharu kelantan.Waktu menulis ni umur saya 37 tahun.
Disini saya nak share pengalaman saya sebagai owner kedai makan .
Kedai makan ataupon restaurant ni ,satu bisnes bagi saya paling senang Nak bukak.Tapi hati-hati ,ianya juga bisnes yang paling senang nak lingkup.Ada modal ,pandai masak semua boleh buka kedai makan.Tapi yang paling penting untuk kedai makan ni untuk sustain dalam cabaran ekonomi sekarqang.
Saya ada satu kedai makan ,ala kecik aja kedainya.ukuran 12 biji meja sahaja yang muat.Tapi alhamdulillah ni dah masuk tahun kelima ,termasuk masa Covid 19 dulu yang terpaksa duduk rumah masa PKP.
Tapi alhamdulillah ,dengan kedai kecikni lah yang saya boleh survive selama 5 tahun sebelum dan sekarang ini.Insyallah semoga allah permudahkan lagi rezeki saya dan rezeki kalian semua.
Oklah saya teruskan untuk tips nak buka kedai makan
- Modal;
- benda paling utama ialah modal tu nak kena ade,lets say untuk buka satu kedai dengan sewa rm500 sebulan +kos overhead 400+gaji pekerja 2000 sebulan =+kos bahan mentah(200 sehari x24 hari )=7700 sebulan .Jadi modal pusingan untuk mengelakkan kite tutup kedai adalah yang paling selamat 7700x6 bulan=46200 ringgit malaysia paling paling kurang.Itu saya berikan contoh untuk satu kedai.
- Jika kita menyewa kiosk pula kita mungkin boleh kurangkan bahagian kos gaji pekerja dan overhead.Tapi modal pusingan itu bergantung,bukan saya tekankan tak ade 40 ribu ringggit itu tak boleh buka kedai,cuma untuk sustain itu bagi saya untuk melepasi tahap 6 bulan perlu modal pusingan untuk backup kebarangkalain orang tak tahu lagi kewujudan kedai kita.
- target customer dan permintaan
- Bagi saya benda ni juga kita perlu kaji untuk menu jualan atau konsep kedai makan yang kita perlu ketengahkqan.Lets say,kita hendak menjual di area penduduknya majoriti orang kampung,tidaklah sangat sesuai untuk kita jual makanan korea seperti ramen cheese atau pizza sebagainye.Kerana seperti yang kita tahu,kebanyakan orang kampung atau luar bandar ,majoritinye makanan ruji adalah nasi putih.
- Kepadatan penduduk juga perlu dititikberatkan untuk mudah kita target sale kita dengan menu dan benda yang bakal kita jual itu.
- lokasi kedai
- Lokasi kedai dengan parkir yang luas dan tempat yang selesa serta jadi tumpuan adalah satu advantage dalam perniagaan kedai makan ini.
- Mark location berhampiran hospital/bank /sekolah atau kawasan perumahn itu sangat strategik bagi kedai makan.
- Sekarang pun wujud juga port tempat makan dimana kita boleh menyewa kiosk2 macam di tempat tumpuan seperti di uptown di bandar.Pernah tengok tak kat tiktok tomyam Niase.Itu satu advantage untuk orang datang kedai di ,sebab lokasi orang pergi uptown di ipoh ,dan banyak lagi tempat makan selain tomyam yang boleh di cuba disitu.
- Itu untuk jenis perniagaan mcm kiosk la,insyallah nanti saya akan kupaskan balik lagi untuk jenis kiosk ini.
Untuk masa sekarang itu hanya tiga tips saya kkongsikan untuk buka kedai makan,insyallah saya akan update cara untuk sustain dan menu yang sesuai untuk jualan mengikut kepadatan dan lokasi anda pula..
Ulasan
Catat Ulasan